Thank You

Click Here For Images &
Thank You Pictures - Pictures

Sabtu, 26 Maret 2011

Mamak Palsu....Hati- hati.


Assalamualaikum......



Kalau anda baca Harian Metro semalam, ada satu cerita pasal mamak yang kantoi tak pandai mengucap. Kononnya mamak Muslim tapi bila disuruh mengucap dan baca Fatihah memang terang-terangan tak reti langsung. Yang tak boleh blah siap cover line dengan gantung ayat-ayat Al-Quran kat kedai dia. Memang sungguh kurang ajar dan celaka mamak-mamak macam nie.
Jadi pengajarannya di sini kenalah berhati-hati makan kat kedai mamak. Bukan semuanya halal dan bukan semua mamak tue mamak muslim. Diorang memang pandai nak mempergunakan sijil halal dan ayat-ayat Al-Quran asalkan ramai orang Islam datang makan. Padahal makanan yang dimasak tue diorang bukan kisah pun halal ke haram. Yang penting duit masyuk ~~~
Susah betul duduk kat Malaysia sekarang nie. Ramai sangat yang nak menipu asalkan dapat duit banyak. Tahniah kepada pihak JAKIM kerana berusaha keras untuk buat serbuan macam nie. Teruskan usaha anda. Jangan biarkan kami hidup dalam keraguan. Lagi-lagi dalam bab bab makanan nie. Kang tetiba perut buncit semacam je. Tapi sayangnya diorang tak bagitau nama kedai mamak tue dalam suratkhabar. Kami rasa sepatutnya kenalah bagitau. Baru kita boleh boikot beramai-ramai.
Kalau nak baca berita penuh dalam Harian Metro semalam, sila baca artikel ini sepenuhnya. Terima kasih kepada Penari Poco-Poco kerana berkongsi info ini.




BANGI: Mengaku kononnya adalah penganut agama Islam tulen namun rata-rata pekerja sebuah restoran `mamak’ muslim yang disoal siasat pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) langsung tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah atau membaca surah al-Fatihah sekali gus membongkar rahsia identiti mereka yang sebenar.
Lebih mengejutkan pemilik restoran berkenaan sengaja menggantung deretan gambar ayat suci al-Quran, kalimah Allah dan Nabi Muhammad di dalam premis untuk memperdaya pelanggan yang menyangka ia restoran halal.
Taktik itu dibongkar Jakim selepas penyamaran dilakukan kakitangannya di restoran berkenaan sejak sekian lama sebelum melakukan serbuan semalam.
Kewujudan restoran `halal’ palsu itu dibongkar selepas sepasukan lima pegawai Jakim dibantu enam pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya menjalankan serbuan mengejut di restoran berkenaan di Jalan Bangi di sini, semalam.
Pemeriksaan diketuai Penolong Pengarah Bahagian Hub Halal Jakim, Mohd Amri Abdullah, dilakukan selepas mendapat aduan berhubung kesangsian orang ramai terhadap sijil halal milik restoran berkenaan.
Sumber Jakim berkata, dalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu, pegawai Jakim yang menjalankan pemeriksaan menyoal siasat lapan pekerja warga asing restoran berkenaan yang ketika itu sedang melayan berpuluh pelanggan Islam.
Menurutnya, kebanyakan pekerja dari India itu pada mulanya mengaku beragama Islam, namun gagal membaca surah al-Fatihah atau mengucap dua kalimah syahadah.
“Mereka tiba-tiba menjadi gagap dan hanya menggeleng kepala sekali gus membuktikan mereka bukan beragama Islam seperti didakwa.
Menurutnya, pemilik restoran sengaja menggantung kalimah ayat suci Al-Quran, Allah dan Nabi Muhammad di dinding premis termasuk ayat seribu dinar untuk mengaburi pemilik sebenar restoran berkenaan.
“Semua ayat al-Quran itu sengaja digantung di atas kaunter pembayaran selain sijil halal palsu yang turut diguna pakai bagi meyakinkan pelanggan seolah-olah restoran terbabit milik orang Islam.
“Siasatan susulan terhadap sijil pendaftar syarikat (ROC) bagaimanapun mendapat bukti paling jelas apabila nama pemilik yang tertera pada dokumen bukan Islam,” katanya..
Menurutnya, penyelia berusia 30-an yang juga bukan Islam cuba berdolak-dalik dan memberi pelbagai alasan tidak munasabah berhubung bukti diperoleh itu sambil memberitahu restoran terbabit milik orang Islam.
“Agak mengejutkan apabila seorang lelaki berusia 40-an yang tidak dikenali tiba-tiba muncul sebelum memperkenalkan diri sebagai rakan kongsi pemilik restoran berkenaan..
“Lelaki itu mendakwa menguruskan restoran terbabit walaupun namanya tidak tertera pada ROC. Dia mendakwa restoran itu diuruskan olehnya. Bagaimanapun pegawai Jakim percaya lelaki berkenaan hanyalah `wayang’ yang diupah sekiranya berlaku apa-apa masalah,” katanya.

19 komentar:

Unknown mengatakan...

nasib baik saye tak suke makan kat kedai mamak

Shafiq Zainal mengatakan...

tahu xpe...takut nak mkn kat mamak...

toyolkiut mengatakan...

oh..
kt tmpt TK restoran mamak ni boleh d bilang dngn jari je..
ada la 1-2 kot..

Kejora mengatakan...

salam Farrah Hasna,

owhh..tak suke mkn dikedai mamak yer..
bolih mkn di kedai mamak nie...kena pastikan betul2 adakah mamak muslim...

Kejora mengatakan...

SALAM SHAFIQ,

...D)
TQ,singgah dan komen.

Kejora mengatakan...

salam toyolkiut,

sama lah area sy ade 2 restoran mamak yg popular...fuhh operasinya 24jam...
terima kseh komen yer TK.

Mr Azril mengatakan...

bahaya betul skrg nih..

Kejora mengatakan...

salam en Azril...

tu lah..kena pastikan betul2...jika berhajat nk pekena teh mamak...

tq singgah dan ulasan..
datang selalu ke sini okeh..:))

Bunga mengatakan...

dah pernah dengar dulu..

Sham mengatakan...

salam kenal...

dulu pernah kerja di USJ...hari2 layan satu kedai mamak ni..last2 baru tau rupanya kedai kap lam ya nga da...

Sham mengatakan...
Komentar ini telah dihapus oleh pengarang.
Sham mengatakan...
Komentar ini telah dihapus oleh pengarang.
Nor Suhaiza mengatakan...

pas ni masuk je kedai mamak kna soh sorg2 pekerja+tokeh die mengucap..bru leh tau islam ke x....
bhaya tol la skrg ni...
erm..mcm2...

gadis kepastian mengatakan...

pehh rasa seram lak nak g makan kat kedai mamak...

Abu Bagi mengatakan...

baru je smalma makan kat kedai mamak, nampak ade pekerja melau..pastu ade jgk mlayu yg makan kat situ..tp aku nampak mamak ada putih putih kat dahi bancu air teh kerja kat situ..adey!!

aza ni mengatakan...

salam kejora.

macamana nak beza mamak ngan hindraf?
saya tengok dahi..kalau tak lekuk, saya tak masuk. kalau sata masuk, hanya minum air tin.

Roslyza Adyla mengatakan...

seram sejuk baca. cth kat indon pun pelik. tikus jd ayam, haishh. mamak oh mamak. pls lah, i love to lepak there kud. eiii

Muhammad Naim Abdullah mengatakan...

Bahaya nie.... cari kedai lain ye..

kekadang mereka bukan islam dan sijil halal pon ciplak... kesian

Edy Ramanov mengatakan...

salam. sudah follow blog ni. jgn lupa singgah dan komen blog edy ya. tq

OH!! Belog...