Bulan Madu Kedua Segarkan Kembali Perkahwinan
BULAN MADU SEHARUSNYA BUKAN HANYA UNTUK PASANGAN YANG BARU MENDIRIKAN RUMAH TANGGA. BUAT SUAMI ISTERI YANG LAMA MELAYARI BAHTERA PERKAHWINAN, IDEA BULAN MADU KALI KEDUA SEMEMANGNYA AMAT DIPERLUKAN.
Percutian istimewa anda berdua ini penting untuk menyegarkan kembali hubungan yang mungkin kian hambar akibat rutin hidup yang memenatkan.
Justeru tidak hairanlah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) satu ketika dulu sanggup bekerjasama dengan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu memperkenalkan idea bulan madu kedua kepada pasangan yang menghadapi masalah rumah tangga. Namun buat pasangan suami isteri yang hidup harmonis tiada salahnya untuk mempraktikkan bulan madu kedua ini. Detik bersama sudah tentu ia akan memperkuatkan lagi ikatan cinta anda berdua.
Akan tetapi sebelum anda lebih teruja untuk menempuhi detik manis ini ada beberapa persiapan yang perlu anda lakukan agar bulan madu kedua ini jadi lebih indah dan cukup bermakna.
Bereskan Urusan Penjagaan Anak
Perkara pertama yang harus dilakukan jika anda merancang untuk berbulan madu adalah menghantar anak di bawah jagaan individu yang anda percaya. Pastikan juga anak di bawah jagaan individu itu selamat dan selesa. Antara yang boleh dicadangkan adalah ibu bapa, mentua atau pun adik beradik.

Jelaskan juga perancangan anda itu pada si anak lebih awal. Memandangkan anda mungkin akan pergi beberapa hari maka latih anak jika masih kecil untuk tidur tanpa kehadiran anda. Semasa menghantar anak di bawah jagaan orang ini pastikan anda membawa kesemua keperluan anak seperti susu, ubat, mainan, serta nombor telefon yang boleh dihubungi di kala kecemasan.
Tetapkan Lokasi Idaman
Inilah masanya untuk anda berbulan madu ke lokasi yang benar-benar anda berdua ingin kunjungi dan masih tidak terlaksana kerana sibuk atau faktor kewangan yang belum mencukupi.

Atau anda boleh saja kembali ke lokasi bulan madu di awal perkahwinan dulu. Cari informasi tentang tempat percutian yang ingin anda kunjungi secukupnya. Dapatkan tawaran pakej bulan madu yang banyak disediakan. Bagi menyempurnakan suasana bulan madu ini, minta pihak hotel menyediakan kamar khas buat bulan madu lengkap dengan makanannya.
Jauh Dari Rumah
Anda boleh memilih suasana percutian bulan madu di kawasan dingin, pantai mahu pun di ibu kota untuk menghabiskan waktu berdua. Apa pun sebaiknya pilih lokasi yang jauh dari bandar tempat anda tinggal untuk mencari kelainan.

Selain itu ia juga bertujuan agar anda tidak tergoda untuk pulang cepat kerana teringatkan anak kecil. Jika anda tinggal di Kuantan misalnya, pilihlah lokasi di Pulau Pinang, Sabah atau Sarawak untuk berbulan madu. Boleh juga memilih destinasi luar negara, tak perlu jauh, ke Indonesia atau pun Thailand sudah memadai.
Satu lagi idea menarik adalah dengan membawa pasangan mengikuti percutian dengan kapal persiaran. Selain jauh dari kebisingan kota, ia juga satu cara mencari kelainan dan kedamaian.
Rancang aktiviti bersama
Bulan madu kedua adalah satu cara untuk meningkatkan kualiti hubungan. Rancang aktiviti yang boleh anda lakukan berdua. Anda boleh berehat di pantai, berpelukan menunggu matahari terbenam atau menghabiskan waktu di bilik sambil menonton rakaman perkahwinan yang anda bawa bersama. Jika anda dan pasangan gemarkan aktiviti lasak, boleh saja mencuba aktiviti mendaki bukit, berakit atau pun selam skuba.

Rakam Detik Indah
Sediakan kamera dan kamera video untuk merakam perjalanan bulan madu. Detik indah yang tentu jarang sekali dapat anda lakukan ini sewajarnya dirakam untuk dijadikan kenang-kenangan.

Rakamkan situasi anda membuat persediaan seperti menyimpan baju dalam beg, perjalanan ke lapangan terbang dan sesekali minta orang lain mengambil gambar anda berdua.
Rakam juga kamar penginapan anda yang dihias dengan konsep bulan madu saat kali pertama melangkah ke dalamnya. Rakam juga waktu anda bersarapan, berpelukan di pantai, makan malam yang romantis dan juga ketika melawat tempat menarik.

Elakkan Pertengkaran
Rancanglah perjalanan percutian yang santai dan tidak terburu-buru waktu hingga boleh mencetuskan kemarahan pasangan. Bagi menghindari berlakunya pertengkaran di waktu bulan madu ini anda harus mengelak dari memperkatakan tentang kekurangan masing-masing.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar