Selasa, 08 Maret 2011

Balasan Anak Derhaka..

Selepas bersarapan, saya bergegas ke bilik salah seorang jemaah yang menyertai pakej kami, Adzin namanya. Di dalam bilik, dia terbaring dengan kaki ditutupi selimut. "Mazlan, kaki saya semakin teruk. Dah tak boleh angkat, tak boleh jalan" katanya sebaik melihat saya datang. Dengan bersusah payah, Adzin yang berusia awal 40-an dan merupakan usahawan yang sangat berjaya, menunjukkan kakinya kepada saya.
   Jelas di depan saya, kaki Adzin semakin lebam dan membengkak, bermula dari paha hinggalah ke tapak kaki. Kedua-dua belah kakinya kini berwarna hitam. Kesakitan bisa yang menjalar ke seluruh kakinya pula mencucuk-cucuk hingga Adzin tidak sanggup untuk menyentuh kakinya, apatah lagi untuk berjalan.
   Sungguh aneh, penyakit tersebut menimpa Adzin sebaik sahaja kami menjejakkan kaki ke Mekah. Pada mulanya kakinya cuma sakit sedikit sahaja, tetapi dari sehari ke sehari, ia membengkak, lebam dengan bisa yang semakin pedih mencucuk. Apa yang membingungkan kami ialah doktor gagal mengesan penyakit yang menimpa Adzin. Keadaannya itu membimbangkan kami kerana hari untuk melakukan wuquf cuma tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi. Dalam keadaan dirinya yang sebegitu teruk, saya tidak yakin dia boleh sembuh untuk menunaikan rukun haji itu.

  Sambil mengurut kaki dan memandang ke arah saya, Adzin berkata "Mazlan, apa dosa saya sebenarnya?".
  "Saya tak tau sebab awak yang buat kesilapan itu," kata saya.
  Adzin termenung seperti menyorot sesuatu yang meruntun perasaannya. "Mazlan, saya yakin saya telah buat satu kesilapan".
"Saya rasa lebih baik awak buat sembahyang taubat dan berdoa supaya ALLAH tunjukkan kenapa awak jadi begini," Jawab saya. Selepas hampir setengah jam mengunjungi Adzin, saya meninggalkannya.
  Seperti yang dinasihatkan, malam itu Adzin mengambil wuduk dan bersembahyang sunat taubat. Selesai bersembahyang, Adzin baring di katil dalam keadaan mengiring ke kiri seperti yang lazim dilakukan oleh Rasulullah dan membaca surah an-Nas, al-Falaq & al-Ikhlas. Kemudian Adzin berdoa....
"Ya ALLAH, berikanlah aku hidayah dan tunjukkanlah kesilapan yang telah aku lakukan," katanya sebelum melelapkan mata. malam itu hajatnya dikabulkan Allah.
   Keesokan harinya, sekali lagi saya mengunjungi Azdin. Dengan terharu dia berkata "Mazlan, saya da tau di mana kesilapan saya. Saya nak ceritakan kepada awak. Mungkin ini boleh jadi pengajaran kepada orang lain."

  Adzin mula bercerita, menyingkap kesilapannya yang lalu. Menurut Adzin, dia dilahirkan di sebuah negeri di Timur Semenanjung dalam sebuah keluarga yang amat miskin. Dia tinggal bertiga bersama ibu dan kakaknya, Ani, dalam sebuah rumah yang buruk. Bapa Adzin telah lama meninggal dunia sementara ibunya mencari rezeki hanya menjual tikar. Kehidupan mereka itu betul-betul sempit. Bagaimanapun, ibunya tetap berusaha membesar dan memberikan pendidikan secukupnya kepada Adzin dan kakaknya.

    Apabila mereka tiga beranak duduk bersama, ibunya kerap berpesan, katannya ; "Din, Ani, bila kamu dah besar ingatlah pada emak. Emak bukanlah nak duit kamu, tapi ingatlah jasa pada emak, susah payah emak ini membesarkan kamu." Pesanan itulah yang kerap di ulanginya.
    Walaupun hidup dalam kesempitan, Adzin berjaya di dalam pelajaran. Selepas menamatkan persekolahan, dia berpindah ke Kuala Lumpur dan menjawat jawatan tinggi dalam sebuah agensi kerajaan. Beberapa tahun kemudian dia melanjutkan pelajaran ke luar negara, seterusnya menjadi usahawan. Perniagaan Adzin berjaya hingga membolehkannya meraih kekayaan yang tidak pernah diimpikan selama ini. Hasilnya dia memiliki rumah yang besar, lengkap dengan kolam renang, serta beberapa buah kereta mewah. 
  Adzin menghentikan ceritanya. Sambil menundukkan muka dia berkata dengan perlahan, "Tapi saya anak derhaka .. mudah lupa asal usul. Mazlan, sudah, 15 tahun saya tak balik kampung dan jenguk mak."


  Dengan air mata yang mula menitis, Adzin menyambung, "Apabila sudah hidup mewah, saya malu untuk mengaku berasal dari kampung dan keluarga miskin. Malah saya beritahu orang bahawa saya orang Kuala Lumpur, tinggal sebatang kara, tiada ibu bapa. Saya katakan kepada mereka ibu saya sudah meninggal dunia."
   "Ketika itu saya anggap emah sudah tak wujud, sudah mati. Malah kepada isteri saya pun saya beritahu bahawa ibu saya sudah meninggal dunia."
   "Kenapa awak buat macam tu?." tanya saya yang juga sebak mendengar pengakuan Adzin.
   "Antara saya dan ibu tak ada apa-apa permusuhan, tapi saya jadi marah kerana dia besarkan dalam kesusahan."

    Kerana dendamnya ity, Adzin langsung tidak mahu mengambil tahu tentang ibunya. Beberapa kali kakaknya meminta Adzin supaya melawat ibunya yang uzur, bagaimanapun Adzin enggan dan memberi macam-macam alasan. Selepas beberapa kali didesak, akhirnya dia mengalah. Apabila isterinya ke London, Adzin memandu kereta besarnya menuju ke kampung. Kakaknya sedang menunggu sementara ibunya pula terbaring di atas katil. Keadaan rumah ibunya ketika itu memang daif. Atap dan dindingnya penuh berlubang di sana sini.

  Sambil berdiri di luar pintu rumah, Adzin bertanya kepada ibunya ; "Ibu, kenapa ibu suruh saya balik????."
  "Din, sampai hati kamu tak nak jenguk ibu. Dah lebih 10 tahun kamu kerja kat Kulompo , sekali pon kamu tak datang jenguk ibu. Ibu sakit ni."
  "Habis tu ibu nak apa? Pernahkah ibu berikan saya kesenangan dulu?" tanya Adzin lagi.
  "Macam mana ibu nak berikan kesenangan pada kamu, duit tak ada, arwah ayah kamu pun tak tinggalkan harta. Tapak rumah ini pun ibu hanya sewa, Din".
  Tapi Adzin tidak mengendahkannya. "Begini sajalah, Ibu jangan ganggu hidup saya, jangan ganggu rumah tangga saya. Bagi saya ibu da tak ada. Saya nak beri duit pada emak pun tak ada apa-apa jasa mak pada saya. Saya hidup susah, cari duit nak belajar. Kalau ibu susah, saya juga susah. Sekarang bila saya dah mewah, saya nak beri kemewahan itu kepada keluarga saya pula."
  Sambil menangis ibunya berkata, "Ibu tak mahu duit ringgit kau. Ibu nak kau datang tengok ibu pun da bersyukur sangat."

  "Cukuplah ibu. Bagi saya ibu  dah tak ada dalam hidup saya. Saya nak balik." Tapi sebelum melangkah, Adzin berkata - suatu yang diingatnya sehingga kini. Katanya,"Ibu, mulai hari ini saya haramkan kaki saya dari memijak rumah ni. Inilah kali terakhir saya datang ke sini." Selepas berkata demikian Adzin terus meninggalkan ibu dan kakaknya.
  "Saya tahu, kerana kata-kata itulah kaki saya sakit sebegini rupa." Kata Adzin.
   Tanpa saya sedari rupa-rupanya saya turut menangis mendengar pengakuannya itu. Ketika itu kami menghubungi ibu dan kakak Adzin di Malaysia. Selepas memperkenalkan diri kepada ibunya, saya menceritakan apa yang sedang berlaku kepada Adzin, Tapi hati ibu Adzin nyata telah terluka.
   "Mazlan... tergamak dia buat mak cik begini... Mak cik bela dia, hidup susah, anyam tikar, tapi bila dah besar dia lupakan mak cik ... Sanggup pula kata mak cik sudah tiada ... Dia bukan anak mak cik lagi ", kata ibu Azdin .
..
    "Mak cik ," kata saya , "Kasihanlah pada Din. Ampunkanlah dia . Dia dah sedar ,dah bertaubat ..."
     Tapi dengan marah, ibu Azdin menjawab, "Nak jadi apa pun jadilah . Nak mati pun matilah . Mak cik dah tak ada anak .Bukan mak cik yang kata , tapi dia yang kata macam tu ."
     Memandangkan ibu Azdin masih belum mengampunkannya , saya menghulurkan telefon kepada azdin da meminta  dia  sendiri merayu serta memohon ampun kepada ibunya .Tetapi selepas lebih 20 minit merayu , dengan tangisan yang tidak henti-henti, ibunya masih enggan mengampunkan.
   Sebaliknya inu Adzin meletakkan telefon, meninggalkan anaknya itu tejelepok di katil.
Keesokan harinya sekali lagi kami menghubungi ibu Adzin. Selepas beberapa lama merayu, menangis dan menyatakan penyelasan dan keinsafan, akhirnya ibu Adzin mengampunkan kesalahan anaknya itu. Kemaafkan itu disambut Adzin dengan air mata kegembiraan. Wajahnya jelas begitu gembira. Ketika itu saya lihat Adzin seperti anak yang baru mendapat ibunya semuka.
  Sambil bersalaman dengan saya . dia berkata , "Terima kasih Mazlan." Saya mengesat air mata yang sejak dati tadi meleleh tidak henti-henti. Allah Maha Berkuasa. Tiga @ empat hari selepas itu, kaki Adzin pulih. sepenuhnya . Tiada lagi bengkak serta lebam dan dia boleh berjalan. malah berlari, seperti sediakala. Kini Adzin boleh melakukan wukuf seperti jemaah haji yang lain.

  "Saya akan tebus dosa saya pada ibu selama ini," Kata Adzin kepada saya
  Sehari dua kemudian, sampailah hari untuk melakukan wuquf. Apabila masuk sahaja waktu, Azdin terus duduk bersendirian. Sambil menangis dia berzikir dan berdoa memohon keampunan Allah. Dia benar-benar menyesal di atas kesilapannya yang lalu.
  "Mazlan, saya masih belum puas lagi bertaubat. Saya nak lakukan lebih banyak ibadat untuk ibu," katanya dengan mata yang masih bengkak kerana terlalu banyak menangis.
  Bagi menebus dosa, Adzin melakukan umrah hampir 10 kali, semua untuk ibunya. Setiap waktu terluang pula, Adzin bersembahyang, mengaji dan beribadah dengan niatnya pahala amalan itu disedekahkan kepada ibunya itu. tidak cukup dengan itu, dibelikannya 30 helai selendang, 30 helai kain batik, beberapa gelung kain, sejadah, gelang, rantai, cincin emas dan pelbagai hadiah lagi untuk ibunya.
  "Kenapa beli banyak-banyak ni Din," tanya saya.
  "Saya nak ibu saya tukar kain dan selendang setiap hari satu selama sebulan. Saya tak mahu tengok ibu pakai buruk-buruk." katanya bangga.
  Kemudian dia berkata lagi, tapi dengan nada berbeza, "Mazlan, saya dah sedar kesilapan saya. Bila balik nanti saya nak tunjuk pada ibu yang saya sudah bertaubat,"

  Ketika bertolak pulang, saya lihat Adzinlah orang yang paling gembira. Sebaik sahaja sampai di lapangan terbang KLIA dia tidak pulang ke rumahnya di KL, sebaliknya, terus menuju ke kampung menemui ibunya untuk memohon ampun. Sesampai di rumah ibunya, dipeluk dicium ibunya sepuas hati. Tangan dan dahi ibunya dikucup dengan penuh kasih sayang.
  Isteri serta kakaknya juga turut menangis sama melihat penyesalan Adzin.
  Jika dahulu ibunya dianggap mati, kini bagi Adzin ibunya adalah segala-galanya. Salah sebuah bilik di rumahnya kini telah di ubahsuai khas untuk ibunya. Bilik tersebut dihias indah. sehebat bilik tercantik di hotel 5 bintang, lengkap dengan seorang pelayan.

  Selain dihadiahkan dengan pakaian-pakaian cantik, ibunya juga diberikan sebuah kereta mewah dan seorang pemandu. Malah kereta ibunya lebih besar berbanding kereta yang dipandu oleh Adzin. Itu masih belum cukup buat Adzin. Dia turut memberikan RM10,000-00 sebulan kepada ibunya.
  "Ibu, ambiklah. Kalau ibu tak mahu, ibu sedekahlah kepada sesiapa yang ibu fikir perlu," kata Adzin.

  Adzin kini merupakan salah seorang sahabat akrab saya. Apabila ada masa terluang, saya dan isteri pergi ke rumahnya. Ketika Adzin sedang berehat, saya bertanya kepadanya, " Kenapa engkau buat semua ni Din,"
  Azdin memandang saya, kemudian berkata. "Mazlan, ibu adalah orang yang paling saya sayangi. Dialah bidadari dalam hidupku ini. Kita ni kalau kaya tapi tak berjasa pada ibu bapa pun tak ada gunanya".

  Tapi ibu Adzin pula saya lihat masih berpakaian sederhana dan tidak memakai barang-barang kemas yang dihadiahkan oleh Adzin. Apabila saya bertanya perkara itu, dia menjawab; "Mazlan, mak cik tak mau semua ini. Tak perlu semua ini. Asalkan anak makcik kenang jasa makcik pun sudahlah.

2 komentar:

A.s.t.i.n.a mengatakan...

Syukurlah ade kesempatan utknya mendapat pengampuan ibu.. ishh pagi2 ni dah la demam... melankolik sungguh...

Kejora mengatakan...

salam Astina.

jika kita pernah menyakiti hati ibu...masih belum terlambat untuk meminta ampun...balasan dosanya akan Allah tunjukkan diatas dunia lagi..
IBU ENGKAULAH RATU HATIKU.

DEmam ker Astina..alahai cian nya..
moga cepat semboh ekk.

tq.komen.

OH!! Belog...