Thank You

Click Here For Images &
Thank You Pictures - Pictures

Jumat, 27 Mei 2011

Rm50...Harga Barang Naik Mendadak!!


Assalamualaikum,

Ape khabar semua rakan2 blogger?Terima kaseh kepada anda yang tak jemu2 singgah ke blog saya tak tidak seberapa nie..:))
Dan tak lupe juge,selamat berhujung minggu.Hari nie nak mengomel sikit tentang harga barang yang naik mendadak benar2 terasa.Mana tak nyer, bagi kite yang berpendapatan rendah nie memang terasa sangat..mencengkam jiwa jugak laa....

Teringat zaman kanak-kanak dulu..kalau dapat 50sen tu dah kira bagus,sebab ape...macam2 bolih beli,tak selalu lah mak bagi 50sen..biasa 20sen jer,sebab kat sekolah dah dapat makan free.Bagi kawan2 yang hari2 bawa 50 tu,kiranya orang berada.Zaman la nie kalau nak berbelanja tu,beringat2lah...beli mana yang perlu jer.Tapi tulah...bila pi pasar malam tu,nampak nie nak beli,nampak tu nak beli...sedar tak sedar,balik  kira2 balikk..aikk nie jer barang yg saya beli??Bajet rm30 ringgit jer nak belanja,alih2 rm70 juge lah kopak...terlebih suda..hihi.
Kalau keluar pergi kedai tu tak abis rm50 tak sah...barangnyer ciput jer tak nampak.

Islam sangat memandang berat terhadap soal jimat cermat kerana ia menjadi asas bagi kesejahteraan hidup dan kemakmuran negara. Oleh itu, Islam mengharapkan setiap penganutnya supaya berjimat cermat dalam segala bidang kehidupan dan keadaaan. Berjimat cermat dalam belanja seharian, berjimat cermat dalam membeli pakaian, berjimat cermat dalam menggunakan api elektrik dan air, berjimat cermat ketika mengunakan kemudahan-kemudahan awam dan sebagainya. 

Mai ikuti sembang2 makcik-makcik yang dok dikampung:



  • Mak Bedah “huh, minyak naik dua kupang, lepas ni bawang naik, teloq naik, semua naik”
  • Kak Timah Janda “Mat, hang pi beli ikan kering 2 ringgit, mak tak dak duit dah tadi beli barang sepuluh ringgit tapi tak nampak apa2 barang pun”
  • Kak Piah Pekasam “depa tau penaik saja, yang nak tanggung kita, hari ni kata tak naik, esok naik la, lebih baik tok sah duk bagi subsidi langsung, ikan sayuq ayam semua akan naik, apa yang kita boleh makan? Ikan kering saja la. Ikan bilis pun mahai lebih dari ikan hidup….…”
Dibawah nie saya lampirkan tips atau langkah-langkah yg patut kita ambil ketika hendak berbelanja, untuk panduan saya juge...:))

       1. Setting Niat (niatkan kite berbelanja untuk mendapat keredaan Allah)

         2. Senaraikan (senaraikan barang2 yang hendak dibeli)

        3. Barangan halal dan baik (pastikan barangan yg disenarai dn yang hendak dibeli
               adalah barangan yg halal dan baik untuk diri)

         4. Utamakan peniaga Muslim  (sekiranya kita bolih membuat pilihan,maka utamakan
             berbelanja dengan peniaga Muslim)                       

P/S cukup 4 sahaja langkah2...jika anda ade cadangan atau tips2  selain dari itu..sila kemukakan diruangan komentar ya..mekaseh. 
semoga mendapat sedikit sebanyak  manfaat dengan entry yang disajikan..:))

Sabtu, 21 Mei 2011

Tension & Stresss...

Assalamualaikum,


Tidak dinafikan, semua orang mengalami tekanan setiap hari bergantung kepada beban dan tanggungjawab yang kamu pikul..
Tension pasal kerja..masalah peribadi lagi...
Baru-baru nie saya terbaca dalam satu blog..bagaimana cara paling berkesan untuk mengurangkan tension,stress,perasaan sedih,sunyi kechewa dan sebagainye. Ialah dengan  MELUAHKAN PERASAAN DALAM BILIK SORANG-SORANG*dan  nak lagi berkesan,semasa sesi meluahkan perasaan tu MENANGISLAH SEPUAS-PUASNYER*


Aikk,cam pelik pon adee...tak pernah lak saya buat...hihi. Biasanyer orang akan luahkan perasaan pd orang lain yang mampu meringankan beban*perasaan yg ditanggung.Citer pada teman baik,adik beradik...macamana nak luahkan sorang-sorang?Ermm...berkesan ker?Dah ade yang pernah cuba?
Jika rakan2 blogger ade tips2 yang lain bolihlah dikongsikan di sini...di ruangan komentar ya..tq.








Tips ringkas untuk kurangkan stress:
Tidur Sejenak. (menyegarkan tubuh badan kembali)


Pengurutan.(minta pertolongan rakan yg hok pandai urut,klw saya pi cari mesin pengurut..:))


Berusaha jadi seorang yang kreatif. (menulis puisi atau melukis)


Kerap ketawa...(ketawalah ..biar pon hati sarat dengan bebanan..mungkin dgn ketawa bolih mengurangkan sedikit  stress!!)


Membaca AL-Quran.( tidak dinafikan hanya dengan membaca AL-Quran mampu mengurangkan tension,rase kesunyian..itu yg saya lakukan laa)terasa tenang jiwa.


p/s.Harap entry kali ini memberi sedikit manfaat kpd anda..:)))
dan tak lupe juge salam takziah kpd keluarga mangsa tanah runtuh  Rumah Anak Yatim Al-Taqwa dan Madrasah Baitul-Taqwa, Hulu Langat semalam. 

Senin, 16 Mei 2011

Tudung Pelik.


Assalamualaikum,

Nak cerita sikit mengenai fashion bertudung masa kini yang semakin pelik.Bukan sahaja kanak-kanak,remaja
malah wanita usia 40-an juge meminatinya.
wanita kini semakin berani mencuba berbagai gaya bertudung.kalau ok tak pe...nie semakin singkat tudung nye.
Sehingga menampakkan bonggol didada...agaknya mereka merasa megah menunjukkan dada yg montok tu untuk tatapan mate-mate lelaki yang nakal.

Kadang-kadang tu saya terserempak dengan wanita yang bertudung,tapi baju sendat..seluar ketat hingga menampakkan punggung...kita yang menengoknya jadi malu...LELAKI suke ler!
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak
lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi
pada masa yang sama memakai kain belah bawah,kain belah belakang  dan sebagainya....

Terus terang saya katakan sy memang tak pandai nak pakai tudung yg jenis selendang hok belit-belit ni.Bukan ape tudung lilit-lilit  nie terasa tercekik...saya suke pakai tudung yang simple jer.


Biarlah orang nak kata *buta fashion*...uhukk.

Berfashion tu tak salah....tapi biarlah kena gayanya dan tak melampaui syariat yg ditetapkan noo...:)))

Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya
wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

P/S..teringin nk pakai  camni....doakan sy ..:))
berfass
berfashion itu tak salah..asalkan kena dengan gayanya dan tak melampaui syariat yang ditetapkan ye..

Rabu, 11 Mei 2011

Cuaca Panas Dan....Ohh Dahaganyaaa!


Assalamualaikum,



FENOMENA cuaca panas melampau dengan suhu sehingga 38.1 darjah Celcius yang melanda negara turut dialami oleh beberapa buah negara Asia seperti Indonesia dan Filipina. Tidak terkecuali Australia.
Namun apa yang dialami oleh penduduk negara ini mungkin tidak seburuk di Afrika Tenggara, India dan Brazil utara yang terpaksa berhadapan dengan cuaca lebih panas dan kering. Suhu normal di Malaysia ialah 32 darjah Celcius.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air, kurangkan aktiviti di luar dan jika tidak dapat dielakkan pakailah topi atau payung.
"Makan banyak buah-buahan yang mengandungi banyak air, pakai pakaian yang cerah kerana pakaian berwarna gelap menyerap haba,"
Ramai yang mengeluh dek kerana cuaca yang agak panass...akhir-akhir ini.Kepada rakan-rakan blogger termasuk lah saya..banyakkan minum air dan semoga kita tabah hadapi ujian ini.
Nak ikutkan saya bukan lah peminum air suam...tapi dek kerana tahap kepanasan yang terlampau...saya banyak minum air..kalau tidak segelas air pun sy susah nak minum...asyik minum air manis jer..:)) Mungkin sebab tu lah saya selalu sakit pinggang(buah pinggang) kerana kurang air dalam badan.
jom sama-sama kite ikuti langkah-langkah penting ini:
1. Minum air sebanyak yang mungkin.
2. Mandi.
3. Kurangkan aktiviti luar.
4. Jangan bermain api.( dikuatiri akan mudah berlakunya kebakaran)
5. Makan makanan yang menyejukkan.
P/S..dahaganyaa...awak bolih tolong ambilkan air untk sy?

Sabtu, 07 Mei 2011

Sanggupkah Anda Minum Air Kencing Sendiri...?



Assalamualaikum, 

Tidak mudah bagi sesiapa pun termasuk lah saya...meneguk air kencing sendiri.Cecair kotor lagi hancing dari kumbahan badan mereka sendiri.Tapi percaya tak?
Ade yang sanggup meminum air kencing,semuanya kerana mereka percaya bahawa air hncing itu mempunyai banyak kebaikkan dan manfaat.
Di India,terapi minum air kencing atau disebut sebagai *Sivambu Kalpa* bukan lagi perkara baru bagi sesetengah penduduk disana.

Sebaliknya diMalaysia,amalan meminum air kencing,bukanlah satu perkara lazim,Jika ditanya hal ini,pasti tidak ramai yang mengetahuinya.,apatah lagi sebagai rawatan alternatif,Jangan terkejut disebalik itu,rupanya sudah ade sebilangan kecil masyarakat kita mengamalkan.

Contoh di Kucing Sarawak,seorang lelaki Singoi Jaya,96,tampil berani dengan mendakwa mendapatkan rawatan dengan meminum air kencing...ishh ishh.Koedah yang meloyakan tekak nie,telah mula dilakukan beliau,sejak 50 thn dahulu.(lama tuuu).Jelas Singoi,semuanya bermula,selepas beliau terjatuh dari pokok,oleh kerana beliau tidak tahan menahan sakit...warga emas nie nekad meminum air hancing sendiri,dengan harapan bolih sembuh.

Apa yang menghairankan,selepas beberapa hari,meminum urin sendiri,dia pulih dari kecederaan.Bahkan bolih bangun dn berjalan semula.
Persoalannya,apakah benar urin ini memang dapat menyembuhkan segala penyakit ataupun ia cuma secara kebetulan sahaja????

P/s .Sumber diperolehi hasil dari pembacaan saya dalam satu majalah.Merujuk kepada amalan mengunakan najis dalam perubatan , jom baca  sama-sama kat sini..   http://tibbians.tripod.com/muhaimin.pdf

OH!! Belog...