Kamis, 24 Maret 2011

Hangat Bercinta...Marsha Pulang Bawa Buah Hati.



Assalamualaikum,

Anda kenal degan Marsha? Realiti tv musim ke3...saing- saing Mawi dulu tu..ingat?Ermm..
dulu bercinta dengan oarang lain putus...
Khabarnya bercinta pulak dengan lelaki melayu juge...harap2 Marsha terbuka lah pintu hatinya tuk peluk islam.Dan kite sama-sama mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua yer.






Dia sering kali dikaitkan bercinta dengan lelaki-lelaki popular, malah sejak pembabitannya dalam program realiti Akademi fantasia musim yang ketiga lalu, nama Marsha Milan Londoh tidak pernah sunyi daripada gosip bercinta dengan teman-teman artisnya.

Namun hakikatnya, penyanyi yang kini juga bergelar pelakon, Marsha menegaskan dia tidak berminat untuk bercinta dengan mereka-mereka yang terlibat secara aktif dalam bidang seni.

Mengakui sedang hangat bercinta dengan seorang ahli perniagaan yang digelar Z, Marsha sendiri adakalanya hairan mendengar gosip-gosip yang melanda dirinya.

"Saya pernah dikaitkan bercinta dengan Yusri KRU dan Hans Isaac, tetapi itu semua tidak benar sama sekali, kami hanya berkawan seperti mana orang lain juga tetapi di salah anggap oleh sesetengah pihak. Tetapi, gosip yang paling tidak relevan adalah sewaktu saya dikatakan bercinta dengan Ramli MS.

"Saya tidak pernah mempunyai sebarang kaitan dengan Ramli MS, dan jarang sekali saya bertemu dengannya, jadi saya hairan bagaimana gosip sebegitu boleh timbul. Memang saya malu, kerana semua orang mengenali Ramli MS sebagai orang muzik yang cukup berpengalaman dan saya sendiri tidak pernah berurusan dengannya.

"Sebenarnya seperti sekarang, saya lebih selesa menjalinkan hubungan rapat dengan orang yang luar daripada bidang seni, dan mempunyai kerja tetap, kerana saya mahu pasangan hidup saya mempunyai kehidupan yang stabil,"jelas Marsha.

Bercerita soal cinta, jelas Marsha dia sudahpun mengenali Z hampir setahun setengah dan kini mereka masih belum merancang untuk mendirikan rumah tangga.

"Saya mengenalinya sewaktu dihujung tahun 2009 sewaktu menghadiri pelancaran Celebriti Cafe milik Ajai, dan selepas itu hubungan kami menjadi rapat.

"Dia orang melayu dan berusia 28 tahun, dia sangat memahami saya dan kerjaya saya sebagai penyanyi dan pelakon.

"Walaupun sering dikaitkan dengan pelbagai artis, dia tidak pernah cemburu keterlaluan dan akan bertanya sama ada cerita itu betul ataupun tidak.

"Saya akui, sepanjang bercinta dengannya, saya rasa begitu selesa namun, kami masih belum bersedia untuk melangkah kealam perkahwinan.

Melihat hubungannya bersama lelaki muslim itu, Marsha enggan mengulas tentang kesediaannya untuk memeluk islam sekiranya sampai jodohnya nanti dan dia juga seolah-olah enggan mengulas tentang penerimaan keluarganya terhadap hubungan itu.

"Z sudah bertemu keluarga saya pada majlis ulang tahun kelahiran saya yang lalu, dan saya juga telah dibawa bertemu keluarganya pada hari raya yang lepas. Tiada masalah tentang itu, cuma kami sahaja yang belum berbincang tentang perkahwinan,"jelas Marsha yang juga dikaitkan bercinta dengan Kefli AF.

9 komentar:

Orang Kampung mengatakan...

haha..
x pernah amik tau sgt pasal artis ni..
byk sgt gosip2 ni.. uhuh

Kejora mengatakan...

salam Orang Kampung,

sama juga saya...
sama2 kite doakan yg terbaik bt mereka yer..:))

tq.singgah dan komen.

qaseh johanna mengatakan...

hurm...
yg dulu tu kenal le sape..yg baru ni sape plak ye..?

Kejora mengatakan...

salam qaseh....

khabarnya seorang ahli perniagaan dikenali Mr Z...sahaja,

tq,singgah dan ulasan yer qaseh...:))

budaksejuk mengatakan...

artis oh artis.. ;p

Kejora mengatakan...

salam..

bedaksejuk oh bedaksejuk..

tq,singgah dan komen...:))

Norashiqin Kamaruzaman mengatakan...

artis tak dapat lari dari bertukar2 teman...huhu

Kejora mengatakan...

salam Norashiqin,

dah nama pon artis kan...
jangan esk dh kawin tukar2 suami sudah lah...berikan kaseh sayang,dn cintailah suami anda seadanya..:))
sama2 kite doakan yg terbaik bt mereka yer.

tq,singgah dn ulasan..

GiveAsh mengatakan...

aku orng sabah..
marsha..i like..

OH!! Belog...