Rabu, 09 Maret 2011

Penawar Kala DukA: Ketawa.


Ketika kita berada di dalam keadaan berdukacita, mampukah senyuman dan ketawa menjadi penawarnya?
Pendapat ini mungkin benar kerana ada kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi), ia menghasilkan kesan ‘gembira’.
Selain itu, apabila kita senyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
Secara fisiologinya, senyuman adalah ekspresi muka yang terhasil dengan meregangkan otot di hujung mulut dan sekeliling mata. Kajian menunjukkan senyuman adalah gerak balas daripada rangsangan tertentu yang biasanya menggambarkan kegembiraan.
Sebenarnya senyuman bukan hanya reaksi muka, tetapi ia ada kaitan dengan penghasilan endorfin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi; menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan dirisendiri.
Malah sejak zaman dulu lagi, pengamal perubatan percaya senyuman dan ketawa adalah penawar penyakit terbaik.
Seseorang yang dapat menerima hakikat dirinya sakit serta boleh menghadapi hidup dengan tenang dan riang (selalu senyum dan ketawa) sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan diberikan.
Tahukah anda kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 300 kali sehari berbanding hanya 17 kali di kalangan orang
dewasa? Justeru, tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
Kajian menunjukkan orang yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit.
Bagaimana ia berlaku? Apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun — lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
Ketawa juga secara tidak langsung melancarkan aliran darah, meningkatkan daya ketahanan badan terhadap jangkitan penyakit, berasa kurang sakit dan paras hormon epinefrin, kortisol dan dopamin yang ada kaitan dengan tekanan akan berkurang.
Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semula jadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
Pada masa sama, ia merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
Banyak kajian membuktikan tekanan emosi, sama ada kemurungan, kemarahan atau keresahan, ada kaitan dengan sakit jantung.
Kajian dijalankan Pusat Perubatan Universiti Maryland mendapati ketawa apabila berdepan tekanan dapat mengurangkan kesan kerosakan atau tekanan emosi.








Secara umumnya, senyuman dan ketawa boleh membawa kebaikan seperti:
- Mengurangkan tekanan
- Merendahkan tekanan darah
- Meningkatkan mood
- Memperbaiki sistem pertahanan badan
- Meningkatkan fungsi otak
- Melindungi jantung
- Memperbaiki hubungan sosial
- Menjadikan anda berasa lega serta merta
Senyuman yang disudahi dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan ini merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, artritis dan ulser.
Kajian di universiti sama ke atas 300 responden mendapati, 40 peratus orang yang menghidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
Walaupun kaitan antara ketawa dengan pengurangan risiko penyakit jantung belum diketahui secara tepat, saintis mendapati tekanan boleh menyebabkan kerosakan endotelium, iaitu lapisan pelindung dalam salur darah. Ini akan menghasilkan reaksi keradangan yang membolehkan lemak dan kolesterol berkumpul dalam arteri koronari dan akhirnya menyebabkan serangan jantung.
Selain itu, ketawa memberikan badan senaman yang baik kerana apabila kita ketawa ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan.
Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen.
Bahkan, ada ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrien dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
Senyuman dan ketawa memperbaiki fungsi otak dan melegakan tekanan. Ketawa akan merangsang kedua-dua belah otak dan ini meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
Perkara disebut di atas hanya sebahagian manfaat daripada senyuman dan ketawa. Jadi mengapa manfaat ini tidak direbut dengan menjadikan senyum dan ketawa sebahagian daripada rutin harian kita? Hidup ini tentu muram jika tiada senyuman dan ketawa.
Bersyukurlah jika hari ini kita boleh tersenyum dan ketawa kerana sesetengah orang menghidap penyakit Sindrom Moebius (atau Möbius) iaitu kecelaruan genetik yang menyebabkan kelumpuhan pada muka.
Pesakit Sindrom Moebius tidak boleh senyum atau mengerutkan dahi. Malah, mereka juga susah menggerakkan mata ke kiri atau kanan.
Justeru, jangan kedekut dengan senyuman, walaupun pada orang tidak dikenali dan jika mampu ketawa dalam keadaan tegang, adalah lebih baik.
Jika tidak dapat menggembirakan orang pun, sekurang-kurangnya senyuman dapat menceriakan hati sendiri.

10 komentar:

A.s.t.i.n.a mengatakan...

laaa... baru dapat komen.. dah sdih sangat sebab saya komen panjang2 kan tapi dier kate anda tidak boleh komen... sedih222...


ok dah tak sedih..

bunga mengatakan...

ketawa la selalu..hehe..cam bunga..haha..

Siti Nur Fatimah binti Mohamad Ali mengatakan...

ketawa tu pegubat duka...

Kejora mengatakan...

salam Astina.

owhh..terima kseh kerana sudi komen diblog akak..
mungkin tuari akak set bahagian setting kot. tu yg tak bolih komen.
dah2 jgn sedih yer astina..
selalu2 datang sini yer..tq

Kejora mengatakan...

salam Bunga.

ketawalah sepuas2nya...agar terubat segala duka dan nestapa.
tq,komen.

Kejora mengatakan...

salam Siti Nur Fatimah.

terima kaseh ulasan...:))

toyolkiut mengatakan...

TK senyummmm je masa bc entry ni..

Mutalib attholib mengatakan...

Senyum umpama suria yang membawa cahaya :) Salam perkenalan bidadari!

Kejora mengatakan...

salam toyolkiut,

senyum itu satu sedekah...ketawalah agar terubat kedukaan.

tq,komen.

Kejora mengatakan...

salam mutalib,

salam perkenalan juge bidadara!

OH!! Belog...