Rabu, 30 Maret 2011

Oh Earning SAYS.my...Ohh tidakk naik mendadakk !!





Assalamualaikum,

Wooow...terkejut cam tak percayaa!!
baru jer join SAYS.my naik mendadakk...bolih jana pendapatan juge SAYS.my nie  uhukk.
Tak percaya klkis my bannner SAYS.my sebelah kiri tuu untuk daftar dan  info lanjut...:))
Alhamdulilah...selain HEARTBEAT...kini bertambah sorang lagi teman tapi mesra iaitu...SAYS.my laaa....
Tak payah pakai modal pun cuma isi maklumat je dan terus share iklan SAYS.my lepas tu dapat duit. Senang kan?
Jika ade kesudian dari anda...ringan2 kan lah jari jemari yang mulus tu kliks iklan2 SAYS.my tu yer..tq.
berbaloi-baloi dan sy kini happy dan bahagia...alhamdulilah rezeki..


terima kaseh.

Selasa, 29 Maret 2011

Terpisah Nyawa Dari Badan,

Assalamualaikum,

Ditakdirkan dicabut nyawa seorang ayah.... 
mampukah seorang anak sekurang 

kurangnya berjemaah 
mensolatkan jenazah ayahnya........?? 


Senin, 28 Maret 2011

Alangkah Segar Jika Dapat Mandi....tapi bahagian mana yg basah dulu yer?


Assalamualaikum,

Setelah seharian kite berkerja tentunya ape yang anda bayangkan jika tiba dirumah?
Alangkah bestnya kalau dapt mandi ...pasti segar rasenya.Tapi berapa lama anda berade dalam bilik air...5minit atau 15 minit,mungkin juge setengah jam mase yg anda ambil untuk membersihkan diri?Terpulanglah...
Bila badan dah segar...jangan lupe sapuan minyak wangi Munif Hijjaz ( hehehe  pomot sikit )...agar si dia akan tetap rapat dek kerana bau bauan yg semerbak harumm..:))


Sabtu, 26 Maret 2011

Mamak Palsu....Hati- hati.


Assalamualaikum......



Kalau anda baca Harian Metro semalam, ada satu cerita pasal mamak yang kantoi tak pandai mengucap. Kononnya mamak Muslim tapi bila disuruh mengucap dan baca Fatihah memang terang-terangan tak reti langsung. Yang tak boleh blah siap cover line dengan gantung ayat-ayat Al-Quran kat kedai dia. Memang sungguh kurang ajar dan celaka mamak-mamak macam nie.
Jadi pengajarannya di sini kenalah berhati-hati makan kat kedai mamak. Bukan semuanya halal dan bukan semua mamak tue mamak muslim. Diorang memang pandai nak mempergunakan sijil halal dan ayat-ayat Al-Quran asalkan ramai orang Islam datang makan. Padahal makanan yang dimasak tue diorang bukan kisah pun halal ke haram. Yang penting duit masyuk ~~~
Susah betul duduk kat Malaysia sekarang nie. Ramai sangat yang nak menipu asalkan dapat duit banyak. Tahniah kepada pihak JAKIM kerana berusaha keras untuk buat serbuan macam nie. Teruskan usaha anda. Jangan biarkan kami hidup dalam keraguan. Lagi-lagi dalam bab bab makanan nie. Kang tetiba perut buncit semacam je. Tapi sayangnya diorang tak bagitau nama kedai mamak tue dalam suratkhabar. Kami rasa sepatutnya kenalah bagitau. Baru kita boleh boikot beramai-ramai.
Kalau nak baca berita penuh dalam Harian Metro semalam, sila baca artikel ini sepenuhnya. Terima kasih kepada Penari Poco-Poco kerana berkongsi info ini.

Kamis, 24 Maret 2011

Hangat Bercinta...Marsha Pulang Bawa Buah Hati.



Assalamualaikum,

Anda kenal degan Marsha? Realiti tv musim ke3...saing- saing Mawi dulu tu..ingat?Ermm..
dulu bercinta dengan oarang lain putus...
Khabarnya bercinta pulak dengan lelaki melayu juge...harap2 Marsha terbuka lah pintu hatinya tuk peluk islam.Dan kite sama-sama mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua yer.

Rabu, 23 Maret 2011

Lega nafsu dengan tangan

SAYA sudah berumahtangga selama 15 tahun dan selama itu juga saya melakukan onani kerana isteri tidak pandai melegakan nafsu saya dengan tangannya semasa isteri sedang berhalangan atau tidak bernafsu untuk melakukan hubungan dengan saya.

Isteri tidak keberatan jika saya melakukan onani sambil dia mengghairahkan saya. Saya tahu agama melarang menggunakan tangan sendiri tetapi bagaimana pula jika isteri tidak pandai merangsang dengan tangannya?

HAMPA, Johor Bahru


Selasa, 22 Maret 2011

Mutiara Kata


Wanita

Nafsu mengatakan wanita itu cantik kerana rupa parasnya.
Akal mengatakan wanita itu cantik kerana ilmu dan kepandaiannya.
Hati mengatakan wanita itu cantik kerana akhlak dan imannya.

Minggu, 20 Maret 2011

Hangatkan Kembali Ghairah Seks Yang Menghilang.

Assalamualaikum...

Kesalahan yang satu ini memang dilakukan oleh sebahagian isteri. Tatlkala suami berkehendakkan seks ada kalangan mereka yang bertindak membelakangkan suami ataupun enggan memenuhi permintaan tersebut. Sama ada disedari atau tidak oleh para isteri ini bahawa sesungguhnya Allah SWT murka pada wanita yang bersikap demikian, seperti sabda Rasulullah S. A.W yang bermaksud " Demi zat yang jiwaku beradi ditangannya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan) melainkan Allah S.W.T murka terhadapnya hingga si suami redha padanya." (Riwayat Muslim)
Isteri tidak wajar menolak permintaan seks suami tanpa sebab munasabah sebaliknya tanggungjawab tersebut wajib dilaksanakan dengan segera. Antara alasan yang paling kerap diberikan oleh pihak isteri untuk menolak ajakan seks suami adalah tiada mood untuk seks
.
Sekiranya benar, masalah tiada mood untuk seks ini kerap berlaku maka seharusnya isteri mencari jalan penyelesaiannya.
Ketiadaan mood ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana lama-kelamaan diri akan terbiasa tidak melakukan hubungan seks. Akibatnya hubungan dengan suami menjadi hambar dan lebih serius lagi pihak suami mencari jalan lain untuk melampiaskan tuntutan batin yang terpendam dengan cara yang salah di sisi agama.
Sebaiknya selidiklah mengapa mood untuk seks tidak kunjung datang. Adakah ia berpunca dari keletihan akibat tugas di rumah dan di tempat kerja atau pun anda berhadapan dengan stres. Bincangkan penyelesaiannya dengan suami.
Dalam pada itu anda juga boleh mengambil beberapa pendekatan berikut untuk mengatasi masalah ketiadaan mood yang menjejaskan kehidupan seks anda.

Sabtu, 19 Maret 2011

Munif Hijjaz Wangian tanpa alkohol...Dan cara-cara mengurangkan stress !!


Assalamualaikum...



Apa khabar  rakan-rakan blogger semua? Semoga anda tidak tension hari ini yer!Bercakap mengenai emosi stress ni, pernahkah
anda menghadapinya? Apa yang anda buat
bagi mengurangkan stress?

Berikut adalah beberapa cara untuk mengurangkan
stress :

- Bagi orang Islam, ambil wuduk dan banyakkan 
beriIstigfar

-> Ambil udara segar

-> Hisap rokok (sebaik-baiknya elakkan!)

- >Shopping, ni bagi orang perempuanlah


Itu tadi beberapa cara untuk mengurangkan stress.


Selain daripada cara diatas, ada cara lain yang
boleh mengurangkan stress dan ianya telah terbukti
sejak zaman dahulu lagi..


Caranya ialah hidu sedikit bau-bauan yang harum!
Rujuk disini : [http://www.harumanmunifhijjaz.com/produk/index.php?ref=kejora]


Zaman dahulu, sekiranya mahukan persekitaran 
berbau harum dan wangi, mereka menggunakan kemenyan
yang mempunyai pelbagai haruman.


Zaman sekarang nak pakai kemenyan juga ke?


Sudah tentulah TIDAK kerana pada hari ini sudah ada
minyak wangi yang dibotolkan!



Kamis, 10 Maret 2011

OH Heartbeat..Jana Pendapatan.Step By Step..

Assalamualaikum...

Sebelum nie pernah juge join nuffnang...tapi habuk pon takde..mungkin nuffnang tak sudi nak bagi surat chenta kat saya kot...ermm tak apelah.
La nie rase terpanggil nak join HEARTBEAT....rata2 rakan rakan blogger yang dah pernah join..uishh naik mencanakk youu...jeless me.
Oleh itu saya menyeru rakan rakan blogger moh ramai- ramai join HEARTBEART...berbaloi-baloi..:))

Okeh sy dengan baik hati..nak kongsi langkah-langkah yang perlu anda lakukan...

1..kenalah kliks HEARTBEAT saya kat atas tu...bleh kiri pon ade bawah pon ade...terpulang..:))




step 2

                 Langkah 2: Klik 'Create Account' dan isikan maklumat yang diminta. 






step 3

Langkah 3: Selesai mendaftar, klik 'MY HB!Affiliate' kat atas tu untuk join Affiliate.








Langkah 4: Selesai daftar Affiliate tadi, klik butang 'Get a Code' untuk copy kod banner affiliate.



Untuk pengetahuan rakan rakan blogger yang baru nk berjinak-jinak join HEARTBEAT, RM2 akan di'kreditkan ke akaun Heartbeat ANDA  jika menjemput rakan join program affiliate Heartbeat.my dan 4 sen jika banner Heartbeat korang diklik...

SEKIAN TERIMA KASEH...:))

Rabu, 09 Maret 2011

Penawar Kala DukA: Ketawa.


Ketika kita berada di dalam keadaan berdukacita, mampukah senyuman dan ketawa menjadi penawarnya?
Pendapat ini mungkin benar kerana ada kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi), ia menghasilkan kesan ‘gembira’.
Selain itu, apabila kita senyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
Secara fisiologinya, senyuman adalah ekspresi muka yang terhasil dengan meregangkan otot di hujung mulut dan sekeliling mata. Kajian menunjukkan senyuman adalah gerak balas daripada rangsangan tertentu yang biasanya menggambarkan kegembiraan.
Sebenarnya senyuman bukan hanya reaksi muka, tetapi ia ada kaitan dengan penghasilan endorfin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi; menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan dirisendiri.
Malah sejak zaman dulu lagi, pengamal perubatan percaya senyuman dan ketawa adalah penawar penyakit terbaik.
Seseorang yang dapat menerima hakikat dirinya sakit serta boleh menghadapi hidup dengan tenang dan riang (selalu senyum dan ketawa) sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan diberikan.
Tahukah anda kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 300 kali sehari berbanding hanya 17 kali di kalangan orang
dewasa? Justeru, tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
Kajian menunjukkan orang yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit.
Bagaimana ia berlaku? Apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun — lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
Ketawa juga secara tidak langsung melancarkan aliran darah, meningkatkan daya ketahanan badan terhadap jangkitan penyakit, berasa kurang sakit dan paras hormon epinefrin, kortisol dan dopamin yang ada kaitan dengan tekanan akan berkurang.
Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semula jadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
Pada masa sama, ia merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
Banyak kajian membuktikan tekanan emosi, sama ada kemurungan, kemarahan atau keresahan, ada kaitan dengan sakit jantung.
Kajian dijalankan Pusat Perubatan Universiti Maryland mendapati ketawa apabila berdepan tekanan dapat mengurangkan kesan kerosakan atau tekanan emosi.



AWAS:Produk tiruan JUSMATE 5 Tiruan.

Kepada semua pengguna produk pelangsingan badan, anda mesti berhati-hati kerana pada masa ini terdapat kegiatan memalsukan produk Jusmate 5 oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Produk tiruan ini biasanya dijual secara runcit dalam bentuk peket dengan harga yang lebih rendah. Ianya diperbuat daripada tepug gandum yang diadun dengan susu tepung dan warnanya amat berbeza iaitu kuning berbanding dengan produk tulin yang berwarna putih.

Bagaimana Mengenali Jusmate 5 tulin berbanding tiruan

1. Reka bentuk peket


Bila pandang sekali imbas, reka bentuk paketnya macam serupa dagi warna dan bentuk imej dan tulisan. Tetapi perhatikan garisan grafik tiga jalur di bawah huruf J membawa ke angka 5 disebelah kiri dimana produk tiruan warnanya lebih gelap berbanding grafik produk tulin.

2. Warna Produk

Bagi produk Jusmate 5 tulin, warna serbuknya adalah putih sebelum dibancuh air yang kemudian bertukar menjadi oren bila dilarutkan. Manakala bahan turuan warna kuning dan tetap kuning bila dilarutkan. Ini kerana iahanya mengandungi tepung susu bayi dengan tepung gandum sahaja.

3. Produk Jusmate 5 tulin larut dalam air
Perbezaan paling ketara ialah bila dilarutkan dalam air biasa, Jusmate 5 tulin larut dengan mudah tanpa meninggalkan ketulan sebaliknya bahan tiruan akan tinggal ketulan-ketulan yang sukar larut. Cuba anda ambil satu sudu susu tepung dan bancuhkan dengan air sejuk atau ambil satu sudu tepung gandum dan bancuhkan dengan air sejuk, hasilnya sama berketul-ketul sepertimana bahan tiruan itu.

Bagi mengelakkan anda terbeli bahan tiruan dapatkan Jusmate 5 melalui pengedar sah yang akan membuat pesanan terus daripada HPM dan pehak HPM menghantar terus ke alamat anda.

Elakkan daripada membeli dari mana kedai atau pasar raya kerana disitulah produk tiruan disebarkan.


p/s Berminat bolih hubungi sy pengedar sah  DR 11...JUSMATE 5 dan banyak lagi produk2 Dr ROZMEY.

Selasa, 08 Maret 2011

PEDOMAN:Buat isteri..ibu dan menantu.

Assalamualaikum..


Setiap kali menjelang ramadhan tergiang-giang suara ibu yang rasanya baru saja saya dengar walaupun telah berlaku berbelas tahun. Diantara tazkirah ibu yang amat saya ingat ialah ketika bulan puasa selepas bersahor sementara menunggu waktu solat subuh ibu akan memanggil kami semua (3 orang anak perempuannya - ibu mempunyai 4 orang anak perempuan seorang dah berumahtangga dan dua orang anak lelaki) dan akan bercerita tentang kebesaran Allah dan hukum hakam dalam islam dengan menggunakan bahasa yang amat mudah difahami walaupun ketika itu saya masih lagi bersekolah menengah rendah dan ayah pula meninggal dunia ketika usia saya tiga bulan.


Ibu : Apa yang nak ibu cakap nie....dengar baik-baik lebih-lebih lagi pada Alang (anak no. 3) dan Acik (anak no.5). Alang akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Apabila hampir penghujung puasa dah tentu kamu suami isteri akan berbantah-bantahan untuk pulang ke kampong siapa pada hari raya pertama. Betul tak??????


Alang & Acik : Betul....mestilah ghumah ibu dulu.........


Ibu : Dengar dulu....contohnya jika rumah kamu di Tanjong Malim, rumah ibu di Cheras dan rumah mentua kamu di Johor, rumah siapakah yang akan kamu tuju dulu?


Alang & Acik : Ghumah ibulah.....sebab dekat


Ibu : Tidak.......ibu tidak izinkan kamu balik ke sini.........baliklah ke rumah mentua kamu dan jika mentua dan suami kamu izinkan barulah balik ke rumah ibu........ibu tak kisah hari raya yang keberapa sekalipun.


Alang : Mengangguk.......(tanda faham ler tue...... dia nie banyak ikut perwatakan ibu....penyabar, bertolak ansur dan mahir dalam menjahit, sulam menyulam, memasak dan juga pandai mengurut....diantara kami adik-beradik dialah yang paling dalam pengetahuannya dalam islam seperti ibu juga).


Acik : Mana boleh macam tu tak aci lahhhhhh......kena gilir-gilirlah baru adil. (dia nie memang kaki bangkang pun.....outspoken skit kalau dia tak puas ati)


Ibu : Ingatlah......jika anak-anak perempuan itu sayangkan ibu bapanya dan inginkan kebahagian ibu bapa nya di akhirat nanti...taatlah pada suami dan mentua ........


Acik : Macam kaum h**** lak. Dah kawin tak boleh gi rumah emak bapak.


Ibu : Bukan macam tu......islam tu indah.......setiap anak-anak perempuan yang taat pada suami di samping mentua mereka, ibubapanya akan mendapat pahala di atas ketaatannya itu..... dan seperkara lagi.....untuk menjaga suami tidak sesusah mananye... hanya dua perkara kalau kamu nak menundukkan suami kamu mengikut ISLAM......JAGALAH NAFSUNYA DAN JAGALAH PERUTNYA. InsyaAllah dia tak akan ke mana.....kalau dia melilau pun dia akan kembali kepada kamu juga. Pahala kamu ada di dalam rumah kamu tak payah bersusah payah macam kaum lelaki di luar rumah mencari pahala.


Ditakdirkan Allah Alang bernikah dengan abang ipar yang yatim piatu......jadi setiap tahun beraya bersama ibu manakala Acik pulak masih mempunyai ibubapa mentua . Hampir setiap tahun pada hari raya puasa Acik sekeluarga akan beraya di rumah mentua di Melaka cuma pada hari keempat atau selebihnya di rumah ibu (rumah Acik di Kedah).


Dengan takdir Allah ketika saya berada di tingkatan 6 rendah, dua hari sebelum hari raya puasa Acik sekeluarga tiba di rumah ibu. Ibu terkejut tapi saya rasa.........terkejut campur gembira agaknya ibu pada masa itu. Selepas pulang dari solat terawih ibu duduk berbual dengan abang ipar...


Ibu : Bila kamu nak bawa isteri kamu pulang ke Melaka?


Abang ipar : Kami akan beraya di sini dan raya ke dua nanti baru balik ke Melaka (dia nie memang malu sakan dgn ibu).


Ibu : Adakah ini desakan dari isteri kamu?


Abang ipar : Tidak bu.......saya izinkan keluarga saya beraya di sini.


Ibu : Bagaimana ibubapa kamu adakah mereka setuju?


Abang ipar : Mereka tiada halangan.


(dalam hati saya rasa terkilan..........apalah ibu nie....biarkan jerlah Acik nak beraya di sini)


Ibu : Izinkan ibu bercakap dalam talipon dengan emak kamu. (abang ipar bangun dan mendial no. talipon kampungnya dan menyerahkan ganggang talipon pada ibu....lama gak ibu bergayut dengan besannya). 
Emak kamu tak ada masalah kamu sekeluarga beraya bersama ibu di sini.(sambil menitis airmata) Terima kasih kerana membawa anak dan cucu-cucu ibu ke sini.


Apabila habis bulan syawal seperti biasa hanya saya dan ibu saja tinggal di rumah. Sebagai anak yang bongsu dan paling rapat dengan ibu dan masih solo ketika itu, ibu mencurahkan perasaan dan berbangga kerana dapat membimbing anak-anak perempuan nya kearah islam tapi ibu amat kecewa dengan kedua-dua anak-anak lelakinya yang seperti lembu dicucuk hidung menjadi pak turut kepada isteri mereka. Bayangkanlah menantu perempuan ibu yang sulong tidak pernah bermalam di rumah ibu apatah lagi lepas makan nak tolong basuh pinggan ke atau menolong kerja-kerja rumah yang lain....(tak boleh cerita panjang.........dah masuk bab mengumpat lak.......).


Semasa saya di tingkat 6 atas ibu kembali ke rahmatullah membawa seribu kekecewaan di atas sikap anak-anak lelakinya. Alhamdulillah apabila saya mendirikan rumahtangga.......masalah pulang beraya tak mendatangkan masalah pada suami kerana semua jenis cuti kami sekeluarga akan habiskan di rumah mentua saya. Saya juga salah seorang menantu yang disenangi.


Saya selalu bertanya pada diri saya sendiri......sempurnakah sudah aku sebagai seorang menantu? Sempurnakah aku sebagai seorang isteri yang solehah?.........berjayakah aku menjadi ibu sepertimana ibu ku dulu???????? Ya Allah.....berilah aku petunjuk dan pimpinlah aku ke jalan yang engkau redhai.....Aminnn 

Balasan Anak Derhaka..

Selepas bersarapan, saya bergegas ke bilik salah seorang jemaah yang menyertai pakej kami, Adzin namanya. Di dalam bilik, dia terbaring dengan kaki ditutupi selimut. "Mazlan, kaki saya semakin teruk. Dah tak boleh angkat, tak boleh jalan" katanya sebaik melihat saya datang. Dengan bersusah payah, Adzin yang berusia awal 40-an dan merupakan usahawan yang sangat berjaya, menunjukkan kakinya kepada saya.
   Jelas di depan saya, kaki Adzin semakin lebam dan membengkak, bermula dari paha hinggalah ke tapak kaki. Kedua-dua belah kakinya kini berwarna hitam. Kesakitan bisa yang menjalar ke seluruh kakinya pula mencucuk-cucuk hingga Adzin tidak sanggup untuk menyentuh kakinya, apatah lagi untuk berjalan.
   Sungguh aneh, penyakit tersebut menimpa Adzin sebaik sahaja kami menjejakkan kaki ke Mekah. Pada mulanya kakinya cuma sakit sedikit sahaja, tetapi dari sehari ke sehari, ia membengkak, lebam dengan bisa yang semakin pedih mencucuk. Apa yang membingungkan kami ialah doktor gagal mengesan penyakit yang menimpa Adzin. Keadaannya itu membimbangkan kami kerana hari untuk melakukan wuquf cuma tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi. Dalam keadaan dirinya yang sebegitu teruk, saya tidak yakin dia boleh sembuh untuk menunaikan rukun haji itu.

  Sambil mengurut kaki dan memandang ke arah saya, Adzin berkata "Mazlan, apa dosa saya sebenarnya?".
  "Saya tak tau sebab awak yang buat kesilapan itu," kata saya.
  Adzin termenung seperti menyorot sesuatu yang meruntun perasaannya. "Mazlan, saya yakin saya telah buat satu kesilapan".
"Saya rasa lebih baik awak buat sembahyang taubat dan berdoa supaya ALLAH tunjukkan kenapa awak jadi begini," Jawab saya. Selepas hampir setengah jam mengunjungi Adzin, saya meninggalkannya.
  Seperti yang dinasihatkan, malam itu Adzin mengambil wuduk dan bersembahyang sunat taubat. Selesai bersembahyang, Adzin baring di katil dalam keadaan mengiring ke kiri seperti yang lazim dilakukan oleh Rasulullah dan membaca surah an-Nas, al-Falaq & al-Ikhlas. Kemudian Adzin berdoa....
"Ya ALLAH, berikanlah aku hidayah dan tunjukkanlah kesilapan yang telah aku lakukan," katanya sebelum melelapkan mata. malam itu hajatnya dikabulkan Allah.
   Keesokan harinya, sekali lagi saya mengunjungi Azdin. Dengan terharu dia berkata "Mazlan, saya da tau di mana kesilapan saya. Saya nak ceritakan kepada awak. Mungkin ini boleh jadi pengajaran kepada orang lain."

  Adzin mula bercerita, menyingkap kesilapannya yang lalu. Menurut Adzin, dia dilahirkan di sebuah negeri di Timur Semenanjung dalam sebuah keluarga yang amat miskin. Dia tinggal bertiga bersama ibu dan kakaknya, Ani, dalam sebuah rumah yang buruk. Bapa Adzin telah lama meninggal dunia sementara ibunya mencari rezeki hanya menjual tikar. Kehidupan mereka itu betul-betul sempit. Bagaimanapun, ibunya tetap berusaha membesar dan memberikan pendidikan secukupnya kepada Adzin dan kakaknya.

    Apabila mereka tiga beranak duduk bersama, ibunya kerap berpesan, katannya ; "Din, Ani, bila kamu dah besar ingatlah pada emak. Emak bukanlah nak duit kamu, tapi ingatlah jasa pada emak, susah payah emak ini membesarkan kamu." Pesanan itulah yang kerap di ulanginya.
    Walaupun hidup dalam kesempitan, Adzin berjaya di dalam pelajaran. Selepas menamatkan persekolahan, dia berpindah ke Kuala Lumpur dan menjawat jawatan tinggi dalam sebuah agensi kerajaan. Beberapa tahun kemudian dia melanjutkan pelajaran ke luar negara, seterusnya menjadi usahawan. Perniagaan Adzin berjaya hingga membolehkannya meraih kekayaan yang tidak pernah diimpikan selama ini. Hasilnya dia memiliki rumah yang besar, lengkap dengan kolam renang, serta beberapa buah kereta mewah. 
  Adzin menghentikan ceritanya. Sambil menundukkan muka dia berkata dengan perlahan, "Tapi saya anak derhaka .. mudah lupa asal usul. Mazlan, sudah, 15 tahun saya tak balik kampung dan jenguk mak."


  Dengan air mata yang mula menitis, Adzin menyambung, "Apabila sudah hidup mewah, saya malu untuk mengaku berasal dari kampung dan keluarga miskin. Malah saya beritahu orang bahawa saya orang Kuala Lumpur, tinggal sebatang kara, tiada ibu bapa. Saya katakan kepada mereka ibu saya sudah meninggal dunia."
   "Ketika itu saya anggap emah sudah tak wujud, sudah mati. Malah kepada isteri saya pun saya beritahu bahawa ibu saya sudah meninggal dunia."
   "Kenapa awak buat macam tu?." tanya saya yang juga sebak mendengar pengakuan Adzin.
   "Antara saya dan ibu tak ada apa-apa permusuhan, tapi saya jadi marah kerana dia besarkan dalam kesusahan."

    Kerana dendamnya ity, Adzin langsung tidak mahu mengambil tahu tentang ibunya. Beberapa kali kakaknya meminta Adzin supaya melawat ibunya yang uzur, bagaimanapun Adzin enggan dan memberi macam-macam alasan. Selepas beberapa kali didesak, akhirnya dia mengalah. Apabila isterinya ke London, Adzin memandu kereta besarnya menuju ke kampung. Kakaknya sedang menunggu sementara ibunya pula terbaring di atas katil. Keadaan rumah ibunya ketika itu memang daif. Atap dan dindingnya penuh berlubang di sana sini.

  Sambil berdiri di luar pintu rumah, Adzin bertanya kepada ibunya ; "Ibu, kenapa ibu suruh saya balik????."
  "Din, sampai hati kamu tak nak jenguk ibu. Dah lebih 10 tahun kamu kerja kat Kulompo , sekali pon kamu tak datang jenguk ibu. Ibu sakit ni."
  "Habis tu ibu nak apa? Pernahkah ibu berikan saya kesenangan dulu?" tanya Adzin lagi.
  "Macam mana ibu nak berikan kesenangan pada kamu, duit tak ada, arwah ayah kamu pun tak tinggalkan harta. Tapak rumah ini pun ibu hanya sewa, Din".
  Tapi Adzin tidak mengendahkannya. "Begini sajalah, Ibu jangan ganggu hidup saya, jangan ganggu rumah tangga saya. Bagi saya ibu da tak ada. Saya nak beri duit pada emak pun tak ada apa-apa jasa mak pada saya. Saya hidup susah, cari duit nak belajar. Kalau ibu susah, saya juga susah. Sekarang bila saya dah mewah, saya nak beri kemewahan itu kepada keluarga saya pula."
  Sambil menangis ibunya berkata, "Ibu tak mahu duit ringgit kau. Ibu nak kau datang tengok ibu pun da bersyukur sangat."

  "Cukuplah ibu. Bagi saya ibu  dah tak ada dalam hidup saya. Saya nak balik." Tapi sebelum melangkah, Adzin berkata - suatu yang diingatnya sehingga kini. Katanya,"Ibu, mulai hari ini saya haramkan kaki saya dari memijak rumah ni. Inilah kali terakhir saya datang ke sini." Selepas berkata demikian Adzin terus meninggalkan ibu dan kakaknya.
  "Saya tahu, kerana kata-kata itulah kaki saya sakit sebegini rupa." Kata Adzin.
   Tanpa saya sedari rupa-rupanya saya turut menangis mendengar pengakuannya itu. Ketika itu kami menghubungi ibu dan kakak Adzin di Malaysia. Selepas memperkenalkan diri kepada ibunya, saya menceritakan apa yang sedang berlaku kepada Adzin, Tapi hati ibu Adzin nyata telah terluka.
   "Mazlan... tergamak dia buat mak cik begini... Mak cik bela dia, hidup susah, anyam tikar, tapi bila dah besar dia lupakan mak cik ... Sanggup pula kata mak cik sudah tiada ... Dia bukan anak mak cik lagi ", kata ibu Azdin .
..
    "Mak cik ," kata saya , "Kasihanlah pada Din. Ampunkanlah dia . Dia dah sedar ,dah bertaubat ..."
     Tapi dengan marah, ibu Azdin menjawab, "Nak jadi apa pun jadilah . Nak mati pun matilah . Mak cik dah tak ada anak .Bukan mak cik yang kata , tapi dia yang kata macam tu ."
     Memandangkan ibu Azdin masih belum mengampunkannya , saya menghulurkan telefon kepada azdin da meminta  dia  sendiri merayu serta memohon ampun kepada ibunya .Tetapi selepas lebih 20 minit merayu , dengan tangisan yang tidak henti-henti, ibunya masih enggan mengampunkan.
   Sebaliknya inu Adzin meletakkan telefon, meninggalkan anaknya itu tejelepok di katil.
Keesokan harinya sekali lagi kami menghubungi ibu Adzin. Selepas beberapa lama merayu, menangis dan menyatakan penyelasan dan keinsafan, akhirnya ibu Adzin mengampunkan kesalahan anaknya itu. Kemaafkan itu disambut Adzin dengan air mata kegembiraan. Wajahnya jelas begitu gembira. Ketika itu saya lihat Adzin seperti anak yang baru mendapat ibunya semuka.
  Sambil bersalaman dengan saya . dia berkata , "Terima kasih Mazlan." Saya mengesat air mata yang sejak dati tadi meleleh tidak henti-henti. Allah Maha Berkuasa. Tiga @ empat hari selepas itu, kaki Adzin pulih. sepenuhnya . Tiada lagi bengkak serta lebam dan dia boleh berjalan. malah berlari, seperti sediakala. Kini Adzin boleh melakukan wukuf seperti jemaah haji yang lain.

  "Saya akan tebus dosa saya pada ibu selama ini," Kata Adzin kepada saya
  Sehari dua kemudian, sampailah hari untuk melakukan wuquf. Apabila masuk sahaja waktu, Azdin terus duduk bersendirian. Sambil menangis dia berzikir dan berdoa memohon keampunan Allah. Dia benar-benar menyesal di atas kesilapannya yang lalu.
  "Mazlan, saya masih belum puas lagi bertaubat. Saya nak lakukan lebih banyak ibadat untuk ibu," katanya dengan mata yang masih bengkak kerana terlalu banyak menangis.
  Bagi menebus dosa, Adzin melakukan umrah hampir 10 kali, semua untuk ibunya. Setiap waktu terluang pula, Adzin bersembahyang, mengaji dan beribadah dengan niatnya pahala amalan itu disedekahkan kepada ibunya itu. tidak cukup dengan itu, dibelikannya 30 helai selendang, 30 helai kain batik, beberapa gelung kain, sejadah, gelang, rantai, cincin emas dan pelbagai hadiah lagi untuk ibunya.
  "Kenapa beli banyak-banyak ni Din," tanya saya.
  "Saya nak ibu saya tukar kain dan selendang setiap hari satu selama sebulan. Saya tak mahu tengok ibu pakai buruk-buruk." katanya bangga.
  Kemudian dia berkata lagi, tapi dengan nada berbeza, "Mazlan, saya dah sedar kesilapan saya. Bila balik nanti saya nak tunjuk pada ibu yang saya sudah bertaubat,"

  Ketika bertolak pulang, saya lihat Adzinlah orang yang paling gembira. Sebaik sahaja sampai di lapangan terbang KLIA dia tidak pulang ke rumahnya di KL, sebaliknya, terus menuju ke kampung menemui ibunya untuk memohon ampun. Sesampai di rumah ibunya, dipeluk dicium ibunya sepuas hati. Tangan dan dahi ibunya dikucup dengan penuh kasih sayang.
  Isteri serta kakaknya juga turut menangis sama melihat penyesalan Adzin.
  Jika dahulu ibunya dianggap mati, kini bagi Adzin ibunya adalah segala-galanya. Salah sebuah bilik di rumahnya kini telah di ubahsuai khas untuk ibunya. Bilik tersebut dihias indah. sehebat bilik tercantik di hotel 5 bintang, lengkap dengan seorang pelayan.

  Selain dihadiahkan dengan pakaian-pakaian cantik, ibunya juga diberikan sebuah kereta mewah dan seorang pemandu. Malah kereta ibunya lebih besar berbanding kereta yang dipandu oleh Adzin. Itu masih belum cukup buat Adzin. Dia turut memberikan RM10,000-00 sebulan kepada ibunya.
  "Ibu, ambiklah. Kalau ibu tak mahu, ibu sedekahlah kepada sesiapa yang ibu fikir perlu," kata Adzin.

  Adzin kini merupakan salah seorang sahabat akrab saya. Apabila ada masa terluang, saya dan isteri pergi ke rumahnya. Ketika Adzin sedang berehat, saya bertanya kepadanya, " Kenapa engkau buat semua ni Din,"
  Azdin memandang saya, kemudian berkata. "Mazlan, ibu adalah orang yang paling saya sayangi. Dialah bidadari dalam hidupku ini. Kita ni kalau kaya tapi tak berjasa pada ibu bapa pun tak ada gunanya".

  Tapi ibu Adzin pula saya lihat masih berpakaian sederhana dan tidak memakai barang-barang kemas yang dihadiahkan oleh Adzin. Apabila saya bertanya perkara itu, dia menjawab; "Mazlan, mak cik tak mau semua ini. Tak perlu semua ini. Asalkan anak makcik kenang jasa makcik pun sudahlah.

Antara mereka yang berjaya kurus dengan JUSMATE 5.

Nama saya Mohd Zulkifli Taib, umur 37 tahun, berasal dari Kuala Terengganu. Sejak dari kecil lagi berat badan saya lebih gemuk berbanding kawan-kawan saya yang lain dan berat badan saya semakin bertambah selepas kahwin sehingga mencecah 106 kg.

2. Bermacam ubat atau teh diet saya cuba amalkan tetapi berat badan saya tidak juga turun. Pada tahun 2007 saya nekad untuk diet iaitu tidak makan nasi selama 4 bulan. Saya cuma mengambil minuman bijirin sewaktu pagi, tengahari dan malam. Hasilnya berat badan saya hanya berkurangan sebanyak 7 ke 8 kg sahaja. Diet saya ini berterusan sehingga Hari Raya Aidil Fitri tahun 2007. Selepas itu saya mula makan semula dan hasilnya berat badan saya bertambah kembali sehingga 103kg. Manakala pinggang seluar saya bersaiz 44 inci.

3. Saya berasa amat risau dengan berat badan yang semakin bertambah kerana bimbang jika mendapat penyakit kencing manis atau darah tinggi.




                               (SETELAH AMALKAN JUSMATE 5 EN ZUL BERJAYA MENDAPATKAN BENTUK  BADAN YG DI IDAM2KAN) cam salman khan youu...tahniah!1
4. Alhamdullilah saya terbaca berita tentang Jus Diet Mate 5 melalui akhbar-akhbar dan juga halaman web. Akhirnya saya membuat keputusan untuk menggunakanya. Oleh kerana sudah biasa dengan diet jadi saya tidak mengalami masalah untuk mengamalkan minum jus ini. Semasa mengamalkannya minum jus ini memang saya sentiasa bertenaga dan tidak merasa lapar. Selera makan juga menjadi kurang. Saya juga ada buat senaman atau pergi gym 3 ke 4 kali seminggu. Cuba nak bina otot, tak nak bagi mengeleber.

5. Saya mula meminum Jus Diet Mate 5 ini pada awal bulan Disember 2008 dan alhamdullilah setelah 3 bulan ( 26 Feb 2009 ) mengamalkanya berat badan saya turun dari 103kg kepada 83kg. Iaitu sebanyak 20kg. Saya sangat berpuas hati dengan perubahan ini walaupun cemburu dengan kawan-kawan yang lain yang mampu turun berat badan mereka sehingga 20 kg lebih hanya dalam masa 10 minggu sahaja. Tapi tetap puas hati kerana turun 20 kg berbanding diet yang dulu selama 4 bulan hanya turun 8 kg.

6. Insyallah saya akan terus mengamalkan minum Jus Diet Mate 5 ini sehinggalah sasaran berat badan saya mencapai 70 kg. Saya rasa berat badan tersebut adalah baik bagi saya memandangkan saya mempunyai kerangka badan yang besar.




PELAKON TERKENAL DITAJA JUSMATE 5


JITRA, 4 Okt (HPM) – Pengarah Urusan Herba Prima Markerting Sdn.Bhd (HPM) Dr. Che Rozmey Che Din bersedia menaja Jus Diet Mate 5 (JDM5) kepada pelakon pelawak wanita terkenal tanah air iaitu Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 31.
Menurut Dr. Che Rozmey tajaan itu diberikan kepada Enot kerana beliau merupakan pengguna baru JDM5.
“Penajaan ini adalah sebagai langkah saya meluaskan lagi pemasaran kepada golongan artis yang sememangnya sudah terkenal dan menjadi idola masyrakat.
“Jika orang dah tengok Enot kurus nanti pasti secara tak langsung beliau akan mengwar-warkan bahawa beliau telah menggunakan produk Dr,” kata beliau.
Selain Enot, HPM turut menaja Doc-K kepada suaminya iaitu Zainal Abidin Mat Nor, 38, berikutan suaminya sering mengalami bengkak badan selepas latihan di pusat gym.
Sementara itu, Enot berkata beliau mengucapkan terima kasih kepada Dr Rozmey kerana sudi menaja produk HPM kepada beliau dan suami.
Katanya selepas menggunakan jus itu selama tiga minggu, berat badannya turun daripada 126 kg kepada 121 kg.
“Saya suka minum jus ini kerana ia tidak memberi kesan sampingan seperti produk lain yang pernah saya ambil sebelum ini…contohnya apabila saya shooting drama, saya selalu cirit birit... ia memang mengganggu lakonan saya di set pengambaraan.
“Namun apabila saya guna JDM5, memang tak ada kesan sampingan langsung, malah berat badan saya tetap turun walapun kadang-kadang saya terlupa minum jus itu,” katanya yang bakal menjayakan satu rancangan realiti TV tidak lama lagi

Sentuhan Kecundang.

PENGALAMAN seks yang memuaskan adalah penting untuk menjalin hubungan yang erat dan intim antara suami isteri. Namun begitu, ramai di antara kita yang merasa was-was atau tidak selesa untuk membincangkan masalah seks dengan pasangan atau doktor, mungkin kerana kita rasa malu. 

Masalah ini tidak akan lenyap begitu saja dan lebih lama anda menunggu untuk mendapatkan nasihat profesional, semakin tergugat hubungan intim antara anda dan isteri. Sebenarnya anda tidak harus khuatir kerana kebanyakan masalah seks boleh dirawat.
Menurut pakar sosiologi University of Chicago, Edward Laumann, penyelidik utama dalam kajian seks menyeluruh di Amerika Syarikat (AS), seramai 31 peratus lelaki dan 43 peratus wanita mengalami suatu bentuk disfungsi seks.


Satu masalah khusus yang dialami sehingga 20 peratus hingga 30 peratus lelaki Asia pada suatu peringkat kehidupan mereka ialah ejakulasi pramatang (PE). Ia ditakrifkan oleh beberapa pertubuhan antarabangsa utamai sebagai: 

  • Ejakulasi berulang atau berterusan yang berlaku dengan sedikit rangsangan sama ada sebelum, semasa atau sejurus selepas memasukkan zakar ke dalam vagina. 

  • Kegagalan mengawal atau melengahkan ejakulasi 

  • Menimbulkan kesan negatif terhadap lelaki seperti rasa resah atau terganggu 
    Ejakulasi pramatang ialah masalah perubatan umum yang dialami oleh semua lelaki di suatu peringkat dalam hidup mereka. Malah, disfungsi seks ini kurang dilaporkan, kerana lebih banyak perhatian diberikan kepada mati pucuk (ED). Justeru tidak hairanlah jika kaum lelaki keliru dengan kedua-duanya. 

    Ejakulasi Pramatang tidak sama sekali seperti mati pucuk (ED) 

    Menurut kajian yang dikendalikan baru-baru ini, iaitu Tinjauan Penularan dan Sikap Terhadap Ejakulasi Pramatang di Asia Pasifik (AP PEPA) membabitkan lebih 5,000 lelaki heteroseksual, sehingga 35 peratus daripada responden mempunyai tanggapan salah bahawa PE dan ED adalah sama. 

    Sebahagian besar responden Malaysia percaya kedua-dua masalah boleh dirawat dengan ubat yang sama. Hakikatnya kedua-duanya tidak sama dan perlu dirawat dengan ubat yang berbeza! 

    Di Malaysia saja, 29 peratus daripada lelaki mungkin menghidap PE. Sebenarnya PE merujuk kepada ejakulasi terlalu cepat sedangkan ED merujuk kepada masalah tidak dapat mengekalkan ketegangan zakar. Kedua-duanya adalah keadaan berbeza dan kita tidak harus keliru dengannya! 

    PE sebenarnya masalah umum yang dialami oleh kebanyakan lelaki di suatu peringkat dalam kehidupan mereka. Ini berbeza dengan ED yang biasanya dialami oleh lelaki yang lebih tua. Sesetengah lelaki tidak sedar bahawa kehilangan ereksi atau ketegangan selepas ejakulasi adalah perkara biasa dan mungkin mengadu mengalami ED sedangkan masalah sebenar ialah PE. 

    Walaupun semua orang tahu cara untuk merawat ED ialah dengan mengambil pil biru, anda memang tidak boleh merawat PE dengan mengambil pil untuk rawatan ED dan mengharapkan keberkesanannya. Anda juga tersilap jika anda fikir PE akan hilang seiring dengan usia. Ini kerana ia mungkin kekal sepanjang hayat! 

    Sementara itu, PE, walaupun boleh dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti masalah kelenjar tyroid atau prostatic inflamasi pada prostat dan urethra, juga disebabkan oleh faktor mental dan fizikal. Ini termasuk keabnormalan paras neurotransmitter dalam otak, keresahan atau kemurungan. 

    Selain itu, lelaki yang menghidap PE kemungkinan lebih besar melaporkan disfungsi lain seperti ED, kegagalan mencapai orgasma (kemuncak syahwat) dan nafsu seks yang rendah. 

    Berikut adalah jadual ringkas yang menyenaraikan perbezaan utama antara kedua-duanya: 

    Ejakulasi Pramatang 

    Disfungsi Erektil
     

  • Hubungan seks berakhir dengan pantas 

  • Masalah umum dan dialami lelaki di satu peringkat dalam kehidupan – tidak bergantung pada usia 

  • Kurang didiagnos, kurang dilaporkan 

  • Boleh dirawat dengan ubat PE, psikotherapi , kaunseling dan amalan tingkah laku. 

    Disfungsi Erektil 

  • Tidak mampu mengekalkan ketegangan zakar 

  • Dialami kebanyakan lelaki lebih lanjut usia yang berumur lebih 45 tahun 

  • Profil tinggi, mendapat liputan lebih luas 

  • Banyak terapi yang sudah mantap, cth implan, supositori, ubat oral dan terapi suntikan. 
  • OH!! Belog...