Selamat hari raya kepada blogger-blogger dan seluruh umat Islam,.biar pun tanpa sajian entry yang panas(baru)ade yang masih tetap setia singgah :)))...terima kaseh semua.Dikesempatan ini saya ingin menyusun sepuluh jari meminta ampun dan maaf jika selama saya berblogging nie kalau ade kata-kata yang menguris hati anda,harap dimaafkan...ampun kan ceq noo..T_T
Kebetulan kita menyambut Aidilfitri sehari sebelum Malaysia menyambut bulan kemerdekaan yang ke- 54. Dua peristiwa ini memberi dua erti menangan kepada umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia...betul dak?
Setelah sebulan menahan lapar dan dahaga betul-betul menguji kesabaran...alhamdulilah ibadah puasa saya berjalan lancar tanpa masalah kesihatan...
Aidilfitri adalah sebagai hadiah memenangan kepada seluruh umat Islam dalam usaha mengekang hawa nafsu...
Dihari raya kite berkumpul bersama sanak dan saudara,ziarah menziarah jiran tetangga..saling maaf memaafi.
Sehari selepas kite merayakan Aidilfitri kite semua menyambut satu lagi bulan kemenangan iaitu bulan kemerdekaan dimana mempunyai banyak kesan kepada kehidupan.
Sesungguhnya kite bersyukur kerana Malaysia aman dari sebarang pergolakkan,berbanding dengan negara-negara lain yang senantisa bergolak dan pertumpahan darah.
Sambutan raya tahun nie sederhana sahaja..tapi seronok lah berkumpul adik beradik..bermacam-macam cerita,hinggakan tak sedar dah lewat pagi menyembang....hihi
Nasib baik rendang ayam dan kari itik yang dimasak dak hangus ...kihkih
Dalam kite menyambut Aidilfitri.....ade tiga perkara mesti dilakukan:
a) Pertama, bertakbir mengagungkan Allah atas segala petunjuk-Nya, sehingga kita tetap berada di jalan-Nya.
b) Kedua, bersyukur dengan membahagikan rezeki yang diperoleh dengan membayar zakat fitrah
c)Ketiga menahan marah dan saling maaf-memaafkan...:))
Ceq nak pantun sikit bleh naa...
Pagi-pagi minum RGC,
Masakkan kegemaran gulai ikan patin,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf zahir & batin.....
Ade sape-sape berani dan sudi membalas pantun ceq??
Silakan diruangan komentar yaaa..
P/S .Kepada rakan-rakan blogger yang mana sudi dan selalu mai singgah blog saya...
diatas tuuu..ade 2keping kad raya untuk anda...sudi-sudikan lah tepek kat blog,pilihkan diantara 2 tu naaa...tq
7 komentar:
selamat hari raya..
Nak duit raya.haha
moden giler pantun zaman sekrang.hehehehe salam blogger...i follow
salam syawal kejora
selamat hari raya hajar...
Salam Lebaran. Baru pertama kali singgah disini
sempat lagi ..bulan syawal tak sampai penghujung lagi..selamat hari raya n selamat bpuasa 6 :)
cik kejora sedang tension..?
Posting Komentar